KENAPA DAN MENGAPA (SIRI AKHIR)

>> Saturday, October 17, 2009

Kematian bukan semestinya akhir kehidupan dan perjuangan. Untuk kekal perlu mati dahulu. Kerana antara keduanya saat untuk menghisab atau dihisab. Dalam perjuangan jua demikian, kematian atau kegagalan adalah peluang menghisab diri mencari asbab mencari ramuan baru.
Ada yang takut mati kerana tak ingin berpisah dengan duniawi. Ada pula yang takut kerana belum bersedia menghadapi hari penghisaban. Ada saatnya, kita berani dan takut, kerana ada kalanya kita berjaya dan gagal mengawal diri....

2 comments:

Umar al-Longobi October 17, 2009 9:58 PM  

Kalau disingkap sejarah, biasanya pemenang kpd sesebuah perjuangan itu berpihak kpd `kumpulan2 kecil` yg ikhlas dan gigih berusaha. kumpulan2 itulah nanti yg membawa kebangkitan ke-2 di dunia ini. jika kita terjumpa dgn kumpulan ini, marilah bersama2 kita menggabungkan diri kpd mereka. sekiranya tiada, setiap kita dipertanggungjwbkan menubuhkan kumpulan tsbt... wallahua`lam

SANGURU October 18, 2009 4:57 AM  

dlm hal2 duniawi ni sdr, apa yg saya mampu, saya buat sebaik2 dan seikhlas2nya. gagal atau berjaya, tidak pernah menjadi perkara pokok. saya diberitahu oleh orang yang mengerti bahawa Tuhan tidak memberatkan seseorang diluar kemampuannya maka dia juga tidaklah akan dipersoalkan atas apa yang diluar kemampuannya. ...hmmm, lapang dada hamba mendengarnya...

DARI MATA HATIKU (1)

Sistem politik dan sistem parti yang ada sekarang bukanlah sistem yang sempurna bahkan banyak kepincangannya sehinggakan sukar menemukan/mendapatkan pemimpin terbaik untuk rakyat dan negara. Namun kalian sebagai warga politikus harus terus berusaha memperbaikinya. Mudah-mudahan suatu masa nanti kita menemukan pemimpin yang benar-benar jujur, patriotik, amanah, penyayang, berintegriti...AMIN...

DARI MATA HATIKU (2)

Barisan Nasional sebuah parti yang dulunya teguh kini diambang kejatuhan lantaran kebobrokan kepimpinan dan para pemimpin yang lupakan tugas dan tanggungjawab kepimpinan. Pakatan Rakyat pula kurang diyakini rakyat dari segi kestabilan dan hala tuju. Adapun kemenangan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat adalah kerana tiada alternatif lain yang boleh menyaingi BN...seumpama marahkan nyamuk, kelambu dibakar, seperti tiada rotan, akar pun berguna juga...SEMOGA SEMUA KEBOBROKAN INI BERAKHIR, MUDAH-MUDAHAN NEGARABANGSA INI DITERAJUI KERAJAAN YANG BERTAMBAH MUTU...AMIN...

DARI MATA HATIKU (3)

Menjadikan sebuah masyarakat dan negara menjadi lebih baik, mesti kembali kepada AGAMA. Rakyat dan pemimpin mesti menjadikan AGAMA sebagai jalan hidup dan cara memimpin. Apapun agama, masih menjunjung nilai-nilai baik yang kalau diamalkan boleh membawa kebaikan di dunia ini. Usahlah dulu kita "berperang di dunia" semata-mata mahu menjadi juara sebagai agama terbaik di akhirat. "Berperang" bukan atas nama agama dan Tuhan, adalah satu pembohongan dan penyelewangan besar terhadap AGAMA. Semoga kerukunan beragama terus subur di negara ini...AMIN...

PERHATIAN HAK CIPTA TERPELIHARA

@ Androd Bin Sadian, 2008. Semua artikel/gambar/kartun atau apa-apa sahaja di dalam blog ini adalah menjadi hak cipta ppersendirian melainkan yang dinyatakan sumbernya. Oleh yang demikian, mana-mana individu/pihak yang menyalin dalam apa bentuk sekalipun dianggap bersalah mengikut akta sedia ada melainkan dengan keizinan pihak pemilik blog. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi saya melalui e-mail atau telefon. Terima kasih.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP