PAHIT MAUNG ...(SIRI 1)

>> Monday, October 19, 2009

zaman kanak2 dulu, makan nasi berlauk garam bukan luar biasa. Zaman susah. Anak2 berdikari di rumah ditinggal orang tua ke ladang atau sawah. Anak2 akan masak sendiri setidak2nya nasi, maka berlauk garam cicah itu kira sudah beruntung.
Paling melucukan bila kami menyalakan api dengan menggunakan "batu" kerana pemetik api dibawa orang tua. Kalau batu itu hilang, alamat tidaklah kami dapat memasak apa2, maka kami akan berkeliaran di dalam belukar mencari apa2 makanan "segera" yg boleh dimakan...

2 comments:

putrifarish87 October 20, 2009 5:36 AM  

salam.sayalah antar yang pernah merasainya tu dulu..zaman sblm saya menjejak kaki ke universiti. Ada yang pahit sbenarnya, tapi terlalu manis untuk di kenang saat makan lauk tanpa nasi..krn tidak ramai yg merasainya..terasa hebat juga berjalan kaki seawal jam 5.30 pagi untuk sampai awal ke sekolah krn membawa bungkusan pisang goreng yg bakal dijual di kantin smk tandek. Apa pun kenangan2 lalu itu adalah pengajaran yg paling bermakna...hanya yang sedar dan insaf akan bersyukur dilahirkan dalam suasana ibu yg terpaksa masuk hutan mengangkat 'tigur'. Manis kan pengalam itu cikgu?

SANGURU October 21, 2009 10:19 AM  

syabas. Usaha tangga kejayaan. Setia gigih jaya.
Bila sdri berjaya kelak, sdri akan sgt merindui zaman susah itu kr ternyata kesenangan ada masanya beban membosankan...

DARI MATA HATIKU (1)

Sistem politik dan sistem parti yang ada sekarang bukanlah sistem yang sempurna bahkan banyak kepincangannya sehinggakan sukar menemukan/mendapatkan pemimpin terbaik untuk rakyat dan negara. Namun kalian sebagai warga politikus harus terus berusaha memperbaikinya. Mudah-mudahan suatu masa nanti kita menemukan pemimpin yang benar-benar jujur, patriotik, amanah, penyayang, berintegriti...AMIN...

DARI MATA HATIKU (2)

Barisan Nasional sebuah parti yang dulunya teguh kini diambang kejatuhan lantaran kebobrokan kepimpinan dan para pemimpin yang lupakan tugas dan tanggungjawab kepimpinan. Pakatan Rakyat pula kurang diyakini rakyat dari segi kestabilan dan hala tuju. Adapun kemenangan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat adalah kerana tiada alternatif lain yang boleh menyaingi BN...seumpama marahkan nyamuk, kelambu dibakar, seperti tiada rotan, akar pun berguna juga...SEMOGA SEMUA KEBOBROKAN INI BERAKHIR, MUDAH-MUDAHAN NEGARABANGSA INI DITERAJUI KERAJAAN YANG BERTAMBAH MUTU...AMIN...

DARI MATA HATIKU (3)

Menjadikan sebuah masyarakat dan negara menjadi lebih baik, mesti kembali kepada AGAMA. Rakyat dan pemimpin mesti menjadikan AGAMA sebagai jalan hidup dan cara memimpin. Apapun agama, masih menjunjung nilai-nilai baik yang kalau diamalkan boleh membawa kebaikan di dunia ini. Usahlah dulu kita "berperang di dunia" semata-mata mahu menjadi juara sebagai agama terbaik di akhirat. "Berperang" bukan atas nama agama dan Tuhan, adalah satu pembohongan dan penyelewangan besar terhadap AGAMA. Semoga kerukunan beragama terus subur di negara ini...AMIN...

PERHATIAN HAK CIPTA TERPELIHARA

@ Androd Bin Sadian, 2008. Semua artikel/gambar/kartun atau apa-apa sahaja di dalam blog ini adalah menjadi hak cipta ppersendirian melainkan yang dinyatakan sumbernya. Oleh yang demikian, mana-mana individu/pihak yang menyalin dalam apa bentuk sekalipun dianggap bersalah mengikut akta sedia ada melainkan dengan keizinan pihak pemilik blog. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi saya melalui e-mail atau telefon. Terima kasih.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP