PAHIT MAUNG...(SIRI 3)
>> Wednesday, October 21, 2009
kanak2 zaman dulu ada inisiatif cari duit. Zaman itu nilai duit pun masih tinggi. Tapi harga jualan juga rendah. Saya dan abang selalu mengerjakan kelapa buat kopra. Kumpul kelapa sana sini, kalau tak cukup kami jolok dengan galah. Dapat seguni dua kira ok la. Duit sendiri dari titik peluh sendiri memang mengembirakan. Kadang2 bila musim buah kami berjualan di tamu pekan lama Tandek. Kalau tak laku, kami makan sendiri kerana nak bawa pulang bukan senang. Berat! paling menyeronokkan kalau dapat beli ole2 buat kakak dan adik...


0 comments:
Post a Comment