Lama tidak update...

>> Monday, February 22, 2010

IMG_0028.JPG

Lama saya tidak menukilkan apa2 di blog peribadi ini kerana memberi tumpuan kepada blog berkumpulan Suara Anak Marudu (SAM), tambahan pula saya memblog hanya di luar masa berkerja. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengunjung blog ini dan berharap terus setia. Banyak perkara berada dalam minda dan jiwa namun kesuntukan masa sering jadi penghalang. Namun saya bertekad untuk terus menulis sebagai sahabat sdr/i...nantikan!

0 comments:

DARI MATA HATIKU (1)

Sistem politik dan sistem parti yang ada sekarang bukanlah sistem yang sempurna bahkan banyak kepincangannya sehinggakan sukar menemukan/mendapatkan pemimpin terbaik untuk rakyat dan negara. Namun kalian sebagai warga politikus harus terus berusaha memperbaikinya. Mudah-mudahan suatu masa nanti kita menemukan pemimpin yang benar-benar jujur, patriotik, amanah, penyayang, berintegriti...AMIN...

DARI MATA HATIKU (2)

Barisan Nasional sebuah parti yang dulunya teguh kini diambang kejatuhan lantaran kebobrokan kepimpinan dan para pemimpin yang lupakan tugas dan tanggungjawab kepimpinan. Pakatan Rakyat pula kurang diyakini rakyat dari segi kestabilan dan hala tuju. Adapun kemenangan dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat adalah kerana tiada alternatif lain yang boleh menyaingi BN...seumpama marahkan nyamuk, kelambu dibakar, seperti tiada rotan, akar pun berguna juga...SEMOGA SEMUA KEBOBROKAN INI BERAKHIR, MUDAH-MUDAHAN NEGARABANGSA INI DITERAJUI KERAJAAN YANG BERTAMBAH MUTU...AMIN...

DARI MATA HATIKU (3)

Menjadikan sebuah masyarakat dan negara menjadi lebih baik, mesti kembali kepada AGAMA. Rakyat dan pemimpin mesti menjadikan AGAMA sebagai jalan hidup dan cara memimpin. Apapun agama, masih menjunjung nilai-nilai baik yang kalau diamalkan boleh membawa kebaikan di dunia ini. Usahlah dulu kita "berperang di dunia" semata-mata mahu menjadi juara sebagai agama terbaik di akhirat. "Berperang" bukan atas nama agama dan Tuhan, adalah satu pembohongan dan penyelewangan besar terhadap AGAMA. Semoga kerukunan beragama terus subur di negara ini...AMIN...

PERHATIAN HAK CIPTA TERPELIHARA

@ Androd Bin Sadian, 2008. Semua artikel/gambar/kartun atau apa-apa sahaja di dalam blog ini adalah menjadi hak cipta ppersendirian melainkan yang dinyatakan sumbernya. Oleh yang demikian, mana-mana individu/pihak yang menyalin dalam apa bentuk sekalipun dianggap bersalah mengikut akta sedia ada melainkan dengan keizinan pihak pemilik blog. Jika anda ingin berbuat demikian, sila hubungi saya melalui e-mail atau telefon. Terima kasih.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP